Bakal pegawai

Bakal pegawai atau pegawai aspiran (officer aspirant atau OA) ialah sejenis pangkat dalam beberapa angkatan tentera dunia yang merupakan posisi yang dilantik semasa seseorang itu dalam latihan untuk menjadi pegawai. Selalunya bakal pegawai adalah orang awam yang memohon untuk menyertai tentera secara langsung sebagai pegawai. Oleh itu, bakal pegawai tidak dianggap mempunyai status yang sama dengan anggota lain-lain pangkat.Di dalam beberapa negara NATO, istilah pegawai lantikan (OF-D) digunakan. Dalam skala pangkat NATO, ia berada dibawah gred OF-1 dan diatas gred Student Officer.[1] Pangkat ditetapkan sebagai OF-D termasuk dokimos efedros axiomatikos dalam Tentera Darat Greece, dan chuẩn úy ("pegawai lantikan") dalam Tentera Rakyat Vietnam. Di dalam Angkatan Tentera Jerman, pegawai lantikan adalah anggota lain-lain pangkat dan mempunyai kod pangkat yang sepadan.